Monday, March 29, 2010

POSING DALAM MAJALAH APARTMEN IMPIANA EDISI APRIL 2010

BERAKSI BERSAMA SHIMA DAN KOS DI RUANG DAPUR


BERLAKON SEOLAH BARU TIBA DENGAN DISAMBUT MESRA OLEH KOS


POSING INDOOR DAN OUTDOOR DI TEPI TASIK BERDEKATAN RUMAH KOS


Assignment kali ini adalah lebih menjurus kepada lifestyle iaitu diminta bergaya santai sementara fotografer mengambil shot yang menarik di segenap ruangan apartmen. Kiranya saya dan beberapa lagi model lain seperti Kos Serani, Tiran dan Shima adalah untuk menyerikan suasana apartmen tersebut. Pengalaman kali ini agak berbeza kerana kami berposing seperti babak-babak lakonan. Ada beberapa part kami diarahkan oleh penyelaras majalah berlakon seolah-olah baru sampai ke rumah Kos, dan aksi-aksi seolah-olah sedang berbincang. Penggambaran ini di jalankan di rumah Kos Serani sendiri yang terletak di kawasan Puchong. Secara peribadinya, saya merasa selesa sepanjang penggambaran ini dan prosesnya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Honestly, this is not just another portfolio for me but also a very useful experience. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Terutama pihak Karangkaraf dan khasnya Apartment Impiana kerana sudi menjemput saya menjadi model untuk edisi khas Apartment Impiana sempena 1st. Annivesary majalah tersebut.

Sunday, March 21, 2010

MODEL UNTUK MAJALAH PENGANTIN KELUARAN MARCH 2010

Dapatkanlah majalah PENGANTIN keluaran mac 2010


Pose bersama model wanita di set penggambaran


Tugasan kali ini sungguh mengujakan kerana buat pertama kalinya saya memperagakan pakaian pengantin Melayu. Terasa bagaikan Lelaki Melayu terakhir pula bila diminta bergaya segak dan macho ha... ha... ha. Fotoshoot kali ini dilakukan di luar studio dan berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Tugasan kali ini memberi peluang saya menggayakan sebanyak empat persalinan yang mana setiap satunya menarik bukan sahaja dari segi rekaan, tetapi juga dari segi warna. Sebahagian baju dilengkapi dengan aksesori membuatkan ianya nampak lebih menarik dan lebih detail. Jutaan penghargaan kepada butik pengantin D' kaseh dan juga team Karangkraf yang terlibat.