Friday, November 12, 2010

Hair Model for Toni and Guy Hairdressing




Rav (in grey) with all the models


Side profile of my Hair



BOLD and BEAUTIFUL! yeah... it's what i can say about the show... because all 20 models came out with different hair types and styles on the show. The show been held in Toni and Guy Hair studio itself on 17 October 2010. I really wanted to give a super big applause to the hair stylist for the event... Rav Ang "scissors hand", Awesome hair stylist! He did all the hair cutting and styling to all 20 models!




As my part, my hair colour been changed from black to ash brown....and i love it! (Best part, we got a free haircut! lol) Actually he did the cutting and colouring a few days before the show. On the day of the show itself we still need to come early for the preparation and the styling part.




Haikal, Me and William


Friday, October 15, 2010

BODY PAINTING @BEAUTY 10 EXPO KLCC

Bride and Groom


Beauty 10 Expo berlangsung pada 18-19 September 2010 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre, bersebelahan Suria KLCC. Pelbagai aktiviti yang berkaitan dgn "beauty"dijalankan bersempena expo ini. My part was to be a model for the body painting show by HD Make up Asia.

It's so amazing to be a part of the show because i've got the oppurtunity not just to mingle around the models but also get to see the creativity of the artiste, on how they paint the models' body and face. The show itself didn't take so long but the process was a bit difficult. We need to be there as early as 9am even the show only started at 3pm. But hey i don't complaint! haha...

Charector saya adalah sebagai pasangan pengantin Lelaki, so my body getting painted to mimmick the suit. Untuk pengantin perempuan pulak, adalah seumpama gaun pengantin berwarna putih... u can check out the photos.










Tuesday, August 24, 2010

FASHION SHOW SEMPENA BIRTHDAY STACY AF6

Suit for the final round





Choreographer and the models


Show ini adalah bersempena dengan Majlis sambutan harijadi Stacy juara AF6 yang ke-21 tahun dan dihadiri oleh family, artis-artis, wartawan dan para peminat setia Stacy. Majlis yang bertemakan "Glam nite" ini diadakan di Hotel Brisdale, KL. Selain Fashion show, ada juga persembahan nyanyian daripada Stacy dan beberapa artis lain. Last year pada Majlis sambutan harijadi Stacy yang ke-20, saya hanyalah salah seorang tetamu/peminat tetapi tahun ini pula berbeza kerana saya berada di atas pentas untuk fashion show.



My 1st round- see-through!
(Thanx to Aizul for the pics)

Saya dan 5 orang lagi model yang lain (dari Red Carpet Aaron Model Agency) masing-masing menggayakan 3 pakaian untuk show kali ini. Pakaian di taja oleh 2 orang designer baru iaitu Ezzuan Ismail dan Yasalma. Make up done by Aizul aka Riana & kak Lang. Kelainan untuk show kali ini adalah kami diminta untuk catwalk turun dari pentas sehingga ke meja pengunjung.... maknanya kami berjalan di sekeliling penonton.. fuuuhhh! i'ts the best feeling ever... huhuhu..



*Selamat berpuasa kepada muslimin muslimat....

Monday, August 2, 2010

MAHKOTA PARADE FASHION SHOW

Job kali ni agak mengujakan saya kerana untuk pertama kalinya mendapat tugasan di luar kawasan lembah Kelang, iaitu di Bandaraya Bersejarah Melaka. Fashion Show ini dianjurkan oleh Shopping Mall Mahkota Parade dan bertempat di Perkarangan utama Shopping Mall tersebut. Program yang berlangsung pada 24-25 Julai 2010 ini adalah seumpama fashion week yang berskala sederhana kerana hampir kesemua butik- butik berjenama yang ada di dalam Mahkota Parade mengambil bahagian.


Thanx to CY photography
Me...striking the pose


Untuk fashion Show ini saya telah menggayakan 4 pasang pakaian yang hampir keseluruhan konsepnya adalah Casual. Selain itu, saya dan beberapa model yang lain juga turut terlibat dengan majlis perasmian salah satu jenama pakaian yang baru sahaja dilancarkan di Parkson Mahkota Parade, iaitu jenama Criss Cross. Giliran untuk saya beraksi sepatutnya adalah pada pukul 5 petang, tapi biasalah kena bersiap sedia lebih awal untuk rehearsal, make-up, rambut dan sebagainya. So, tepat jam 10 pagi saya dan model2 yang lain dah pun berada di Shopping Mall tersebut. The best part is, each model dapat lah bawa balik sepasang baju dan seluar selepas selesai showcase, free :-) Walaupun baru menjalani pembedahan kecil 2 minggu sebelum show, but i guess i did a pretty good job. Proud of myself.


Ahya merupakan antara model lain yang terlibat


p/s: thanx to my friends yang dtg support; tiran and siti juliana

Monday, July 5, 2010

MOBILEFRENS STUDIO PHOTOGRAPHY

Last month saya pergi ke sesi fotografi untuk kegunaan sebuah website yang bakal dilancarkan dalam tahun ini juga. Website ini juga merupakan satu komuniti model-model untuk berinteraksi antara satu sama lain dan juga dengan pengunjung2 website tersebut. Komuniti ini dikenali sebagai MOBILFRENS. Menurut pemilik website ini, mereka ingin mengumpulkan seberapa banyak model untuk menjayakan website ini. Konsepnya adalah seumpama laman sosial Facebook, cuma kelebihannya adalah mereka menggunakan model-model ini sebagai daya tarikan untuk pengunjung website. Para pengunjung boleh 'chatting', berbalas mesej, ataupun berinteraksi dengan model-model tersebut. So far, website ni masih under construction.. Selain Malaysia, website ini juga bakal dilancarkan di beberapa negara Asia seperti Taiwan dan Singapura.


Me and the other models


Sesi fotografi tersebut dijalankan di sebuah studio di sekitar Ampang. Tetapi saya tak dapat nak upload gambar-gambar tersebut sekarang..for privacy purpose. So, nak atau tak nak terpaksa la juga tunggu website mobilfrens ni dilancarkan, barulah boleh tengok gambar-gambar posing saya dan rakan-rakan model yang lain. hehehe.. Selain sesi fotografi, sesi taklimat kepada model-model juga turut diadakan di Duchessplace, jalan Ampang.

Wednesday, June 16, 2010

PENCARIAN LELAKI MASKULIN






Agak lama juga tak update story dalam blog ni... Sampai kawan-kawan pun tanya kenapa tak update blog? Jawapan saya....busy dengan kerja...biasalah tu...

Ok lah.. Ini perkembangan serba sedikit tentang penglibatan saya dalam dunia peragaan ni. Saya rasa ramai dikalangan rakan-rakan yang suka membeli dan membaca majalah MASKULIN. Bukan tujuan nak promote majalah ni semata-mata, tetapi sebenarnya nak cerita tentang penglibatan saya dalam Pencarian Lelaki Maskulin 2010 anjuran majalah keluaran Karangkraf ni. Gambar saya dan 5 lagi model lain telah terpilih dalam pencalonan untuk keluaran bulan April. By the way, Sesi Fotoshoot kali ini dijalankan di sekitar pejabat Karangkraf sendiri, lancar dan simple. Ada yang kata, pentandingan ni merupakan 'stepping stone' untuk mendapatkan publisiti dan populariti tetapi bukanlah menjadi agenda utama saya. Apa yang lebih penting adalah pengalaman yang bakal diperolehi sepanjang pertandingan.

Namun begitu, ini hanyalah permulaan peringkat awal... Masih banyak lagi proses yang perlu di lalui untuk masuk ke peringkat Final. What can i say is....Wish me Luck!!



p/s: sometimes life surprises u in a way u can't even imagine.



Rambut Inspirasi Ed Cullen(Twilight) ini telah di set oleh make up artis yang ditugaskan oleh karangkraf ~i like it personally.




Monday, March 29, 2010

POSING DALAM MAJALAH APARTMEN IMPIANA EDISI APRIL 2010

BERAKSI BERSAMA SHIMA DAN KOS DI RUANG DAPUR


BERLAKON SEOLAH BARU TIBA DENGAN DISAMBUT MESRA OLEH KOS


POSING INDOOR DAN OUTDOOR DI TEPI TASIK BERDEKATAN RUMAH KOS


Assignment kali ini adalah lebih menjurus kepada lifestyle iaitu diminta bergaya santai sementara fotografer mengambil shot yang menarik di segenap ruangan apartmen. Kiranya saya dan beberapa lagi model lain seperti Kos Serani, Tiran dan Shima adalah untuk menyerikan suasana apartmen tersebut. Pengalaman kali ini agak berbeza kerana kami berposing seperti babak-babak lakonan. Ada beberapa part kami diarahkan oleh penyelaras majalah berlakon seolah-olah baru sampai ke rumah Kos, dan aksi-aksi seolah-olah sedang berbincang. Penggambaran ini di jalankan di rumah Kos Serani sendiri yang terletak di kawasan Puchong. Secara peribadinya, saya merasa selesa sepanjang penggambaran ini dan prosesnya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Honestly, this is not just another portfolio for me but also a very useful experience. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Terutama pihak Karangkaraf dan khasnya Apartment Impiana kerana sudi menjemput saya menjadi model untuk edisi khas Apartment Impiana sempena 1st. Annivesary majalah tersebut.