Tuesday, August 24, 2010

FASHION SHOW SEMPENA BIRTHDAY STACY AF6

Suit for the final round





Choreographer and the models


Show ini adalah bersempena dengan Majlis sambutan harijadi Stacy juara AF6 yang ke-21 tahun dan dihadiri oleh family, artis-artis, wartawan dan para peminat setia Stacy. Majlis yang bertemakan "Glam nite" ini diadakan di Hotel Brisdale, KL. Selain Fashion show, ada juga persembahan nyanyian daripada Stacy dan beberapa artis lain. Last year pada Majlis sambutan harijadi Stacy yang ke-20, saya hanyalah salah seorang tetamu/peminat tetapi tahun ini pula berbeza kerana saya berada di atas pentas untuk fashion show.



My 1st round- see-through!
(Thanx to Aizul for the pics)

Saya dan 5 orang lagi model yang lain (dari Red Carpet Aaron Model Agency) masing-masing menggayakan 3 pakaian untuk show kali ini. Pakaian di taja oleh 2 orang designer baru iaitu Ezzuan Ismail dan Yasalma. Make up done by Aizul aka Riana & kak Lang. Kelainan untuk show kali ini adalah kami diminta untuk catwalk turun dari pentas sehingga ke meja pengunjung.... maknanya kami berjalan di sekeliling penonton.. fuuuhhh! i'ts the best feeling ever... huhuhu..



*Selamat berpuasa kepada muslimin muslimat....

Monday, August 2, 2010

MAHKOTA PARADE FASHION SHOW

Job kali ni agak mengujakan saya kerana untuk pertama kalinya mendapat tugasan di luar kawasan lembah Kelang, iaitu di Bandaraya Bersejarah Melaka. Fashion Show ini dianjurkan oleh Shopping Mall Mahkota Parade dan bertempat di Perkarangan utama Shopping Mall tersebut. Program yang berlangsung pada 24-25 Julai 2010 ini adalah seumpama fashion week yang berskala sederhana kerana hampir kesemua butik- butik berjenama yang ada di dalam Mahkota Parade mengambil bahagian.


Thanx to CY photography
Me...striking the pose


Untuk fashion Show ini saya telah menggayakan 4 pasang pakaian yang hampir keseluruhan konsepnya adalah Casual. Selain itu, saya dan beberapa model yang lain juga turut terlibat dengan majlis perasmian salah satu jenama pakaian yang baru sahaja dilancarkan di Parkson Mahkota Parade, iaitu jenama Criss Cross. Giliran untuk saya beraksi sepatutnya adalah pada pukul 5 petang, tapi biasalah kena bersiap sedia lebih awal untuk rehearsal, make-up, rambut dan sebagainya. So, tepat jam 10 pagi saya dan model2 yang lain dah pun berada di Shopping Mall tersebut. The best part is, each model dapat lah bawa balik sepasang baju dan seluar selepas selesai showcase, free :-) Walaupun baru menjalani pembedahan kecil 2 minggu sebelum show, but i guess i did a pretty good job. Proud of myself.


Ahya merupakan antara model lain yang terlibat


p/s: thanx to my friends yang dtg support; tiran and siti juliana