Assignment kali ini adalah lebih menjurus kepada lifestyle iaitu diminta bergaya santai sementara fotografer mengambil shot yang menarik di segenap ruangan apartmen. Kiranya saya dan beberapa lagi model lain seperti Kos Serani, Tiran dan Shima adalah untuk menyerikan suasana apartmen tersebut. Pengalaman kali ini agak berbeza kerana kami berposing seperti babak-babak lakonan. Ada beberapa part kami diarahkan oleh penyelaras majalah berlakon seolah-olah baru sampai ke rumah Kos, dan aksi-aksi seolah-olah sedang berbincang. Penggambaran ini di jalankan di rumah Kos Serani sendiri yang terletak di kawasan Puchong. Secara peribadinya, saya merasa selesa sepanjang penggambaran ini dan prosesnya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Honestly, this is not just another portfolio for me but also a very useful experience. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Terutama pihak Karangkaraf dan khasnya Apartment Impiana kerana sudi menjemput saya menjadi model untuk edisi khas Apartment Impiana sempena 1st. Annivesary majalah tersebut.
Monday, March 29, 2010
Sunday, March 21, 2010
MODEL UNTUK MAJALAH PENGANTIN KELUARAN MARCH 2010
Tugasan kali ini sungguh mengujakan kerana buat pertama kalinya saya memperagakan pakaian pengantin Melayu. Terasa bagaikan Lelaki Melayu terakhir pula bila diminta bergaya segak dan macho ha... ha... ha. Fotoshoot kali ini dilakukan di luar studio dan berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Tugasan kali ini memberi peluang saya menggayakan sebanyak empat persalinan yang mana setiap satunya menarik bukan sahaja dari segi rekaan, tetapi juga dari segi warna. Sebahagian baju dilengkapi dengan aksesori membuatkan ianya nampak lebih menarik dan lebih detail. Jutaan penghargaan kepada butik pengantin D' kaseh dan juga team Karangkraf yang terlibat.
Friday, February 12, 2010
FORD MODELS SUPERMODEL OF THE WORLD MALAYSIA 2009
Penyertaan dalam pertandingan ini memberikan satu pendedahan baru buatku dalam dunia peragaan. Pelbagai kemahiran diuji antaranya adalah catwalk on the runway. Anyway, pertandingan Ford models supermodel of the world 2009 berlangsung pada bln November 2009. Dijalankan bertujuan utk memilih wakil Malaysia ke pertandingan FORD MODEL SUPERMODEL OF THE WORLD peringkat international. Para juri diketuai oleh supermodel Malaysia, Amber Chia. Ratusan model lelaki dan wanita telah mencuba nasib masing2. Walaupun tidak terpilih sebagai finalist, namun aku berpuas hati kerana terpilih ke TOP 20. But my big dream won't stop here....
Friday, January 29, 2010
MALAYSIA MALE MODELS INTERNATIONAL SHOWCASE
Baru-baru ini Showcase Malaysia Models International telah berlangsung di Concord Hotel KL untuk memilih pemenang BEST CATWALK. Majlis tersebut telah dihadiri oleh wartawan dan jurugambar profesional antaranya wakil dari REMAJA, MASKULIN dll. Majlis ini sebenarnya more to memperkenalkan TOP 12 Finalis pada para press. Oleh yang demikian, majlis showcase ini dibuat secara tertutup dan para hadirin hanya dari kalangan Model, Wartawan dan jemputan VIP sahaja.


FASHION SHOWCASE AT SG. WANG PLAZA
Baru-baru ini saya dan beberapa orang Finalis Male Models International telah terlibat dalam Showcase untuk Graduation Day pelajar-pelajar Snips. Pada Show ini, setiap model memperagakan dua jenis pakaian. Show tersebut diadakan di pentas Sg.Wang Plaza yang bukan hanya ditonton oleh pelajar-pelajar Aceemi Snips dan jemputan, malah turut disaksikan oleh para pengunjung yang membeli belah pada ketika itu.Show kali ini juga berjalan dengan lancar dan meriah sekali.MENANG 'BEST DRESS' HARI ULANG TAHUN STACY
Tak sangka pula kehadiran saya untuk memeriahkan Majils Ulang Tahun Stacy 18hb.Ogos telah membawa tuah. Walaupun saya rasa kebetulan, tetapi eman-teman kata itulah Aura seorang Model. Hmm...apa-apa sajalah, yang pentng kehadiran saya ke Majlis ulang tahun tersebut hanyalah untuk memeriahkan majlis dan berseronok. Majlis yang diadakan oleh Kelab Peminat penyanyi tersebut iaitu Stacy's Frenz telah berlangsung di Crown Cyrstal Hotel, KL. Ballroomnya indah dan mewah. Tema pada malam itu adalah Funky Rock, yang sengaja mereka pilih berdasarkan showmanship Stacy. RUNAWAY SHOW - KOLEKSI TERBARU NOOR ARFA BATIK
Saya terlibat bersama model-model yang lain seperti Muiz Afiq, Farish, Hilal, Linda dan Eryn menjayakan Runaway Show memeperagakan pakaian-pakaian dari Koleksi terbaru Noor Arfa Batik. Runaway Show ini diadakan di Ballroom Brisdale Hotel KL bersempena Majlis Warna-Warni Aidil Fitri bersama Stacy dan Chaq. Sungguh meriah sambutan pada majlis ini dan teruja bila melihat para hadirin bersorak tatkala barisan Model keluar dan beraksi memperagakan pakaian-pakaian yang menarik berasaskan kain batik.
Runaway Show ini dibahagi kepada 3 bahagian yang mana bahagian pertama more to fusion, bahagian kedua bertemakan formal dan bahagian ketiga menampilkan pakaian kasual look kemudian acara ditutup dengan Finale bersama keografer dan designer. Keografer Runaway Show kali ini adalah Kos Serani.








Subscribe to:
Posts (Atom)










